Bantuan Untuk Keluarga RM 700 – RM 900 Dibayar Pada September Ini

 

Bantuan Untuk Keluarga Malaysia RM 700 - RM 900 Dibayar Pada September Ini

Sedia maklum bahawa pada September ini pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM akan diteruskan untuk pembayaran Fasa 3.

Untuk pengetahuan anda, pada fasa pembayaran ini anda berpeluang terima bantuan untuk keluarga RM 700 – RM 900 yang akan dibayar pada September ini.

Tetapi ia hanya untuk sesetengah kategori sahaja. Untuk mengetahui informasi penuh, sila rujuk artikel di bawah.

TUJUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan secara bersasar yang akan diberikan kepada beberapa kategori yang layak menurut syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat dan kos sara hidup yang kian meningkat. Bantuan ini mampu memberi manfaat hampir kepada semua rakyat termasuklah golongan B40 dan M40.

BANTUAN RM 700 – RM 900

Terdapat beberapa kategori yang layak untuk menerima BKM diantara RM 700 dan RM 900. Berikut adalah jenis penerima yang layak menerima bantuan tersebut

KATEGORI ISI RUMAH (KAHWIN) – 60 TAHUN KE ATAS

Berpendapatan Isi Rumah RM 0 – RM 2,501
  1. Tiada anak – RM 500
  2. 1-2 anak – RM 600
  3. 3 anak dan ke atas – RM 700

KATEGORI ISI RUMAH (IBT) MEMPUNYAI ANAK – TIADA HAD UMUR

Kepada ibu bapa tunggal yang mempunyai anak dan pendapatan isi rumah bulanan RM 0 – RM 2,501
  1. 1-2 anak – RM 800
  2. 3 anak dan ke atas – RM 900


JUMLAH BANTUAN AKAN DITAMBAH

Perdana Menteri pernah berkata bahawa jumlah BKM akan ditambah sekiranya kadar kenaikan harga barang masih meningkat tempoh.

Oleh itu, sekiranya perkara tersebut masih berlaku iaitu kenaikan harga barang, kemungkinan besar pada BKM Fasa 3 jumlah bantuan turut akan ditambah.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 3

Tiada info rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan bagi tarikh BKM Fasa 3. Tetapi, perkara yang sudah dipastikan bahawa pembayaran ini akan dikreditkan selewat-lewatnya pada penghujung September depan.
Sekiranya jadual pembayaran sama seperti BKM Fasa 1 dan 2, boleh dikatakan pembayaran BKM Fasa 3 bermula di antara minggu ketiga atau keempat bulan September.

SEMAKAN BKM 2022

Sekiranya anda ingin menyemak maklumat, bayaran dan lain-lain mengenai BKM 2022, anda boleh layari laman web rasmi BKM

Leave a Comment