BKM Bujang Bernilai RM 150 Dikreditkan Bermula Hari Ini

BKM Bujang Bernilai RM 150 Dikreditkan Bermula Hari Ini


BKM Bujang Bernilai RM 150 Dikreditkan Bermula Hari IniSelain daripada Kategori Isi Rumah, Golongan Bujang turut tidak dipinggirkan dalam pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). 

Di dalam kategori bujang, pemberian turut berbeza untuk setiap kategori bujang yang diberikan.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang akan dilancarkan pada bulan Mac ini. 

Pembayaran bantuan ini akan diagihkan sebanyak 4 fasa sehingga penghujung tahun 2022 ini.

Pemberian bantuan ini sudah tentu untuk meringankan beban rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

JUMLAH BANTUAN 

1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas


a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 0 anak – RM 500
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur

a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
  • 1-2 anak – RM 800
  • 3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
  • 1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
  • RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas

  • RM 150

SEMAK SYARAT KELAYAKAN ANDA

  • Berpendapatan di antara RM 0 sehingga RM 5,000
  • Berumur 21 hingga 59 tahun atau 60 tahun dan ke atas
  • Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / duda yang tidak mempunyai anak

TARIKH PERMOHONAN BAHARU

Setakat ini tiada pembukaan untuk permohonan baharu bagi BKM 2022. Untuk pengetahuan anda, permohonan telah ditutup pada 31 Januari lepas. Manakala, permohonan rayuan bagi pemohon yang tidak lulus turut telah ditutup pada bulan Jun lepas.

TARIKH PEMBAYARAN BKM 

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak 4 kali. Pembayaran pertama dan kedua sudah dikreditkan pada bulan Mac dan Jun lepas.

Pembayaran kali ketiga pula akan bermula pada 20 September 2022 seperi yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Leave a Comment