Cara Membuat Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP)




Cara Membuat Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP)

Cara Buat Permohonan Rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP)
Bagi yang tidak berjaya, anda boleh buat permohonan rayuan bagi yang berstatus TIDAK LULUS bermula 3 Jun hingga 15 Jun 2020. Permohonan rayuan GKP hanya dibuat secara online sahaja menerusi Portal GKP dengan klik pautan dibawah.
LHDNM memberitahu, tiada permohonan rayuan GKP boleh dibuat secara manual di cawangan-cawangan LHDNM. Semua menerusi online sahaja.

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Pemohon perlu muat naik dokumen sokongan di portal GKP mengikut setiap kategori rayuan seperti di bawah.

  1. Pekerja melebihi 4 orang – Borang Pendaftaran Majikan PERKOSO/Borang Pendaftaran Pekerja PERKESON/Borang 8A PERKESO/Borang Permohonan Pendaftaran Majiakan KWSP/Borang A KWSP/dokumen sokongan yang berkaitan diperlukan. 
  2. Tiada pendapatan / perniagaan di anggap tidak aktif – Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019. 
  3. Jualan melebihi RM 300000.00 – Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019. 
  4. VIP / Individu berprofil tinggi – Pengakuan pemohon/ surat akuan dan dokumen sokongan berkaitan. 
  5. Tidak berdaftar dengan SSM/ LHDNM/ PBT – Sijil Pendaftaran Perniagaan diperlukan. 


Antara sebab gagal untuk membuat Rayuan GKP bagi permohonan berstatus TIDAK LULUS

Antara situasi seperti berikut.

  1. Melaporkan jumlah jualan melebihi RM 300 000.00 pada borang permohonan. 
  2. Pasangan telah membuat permohonan lain GKP dan telah lulus bagi perniagaan yang sama. 
  3. Perniagaan didaftarkan pada 2020.
  4. Perniagaan tidak berdaftar dengan LHDNM, PBT atau SSM sebelum 31 Disember 2019. 

Semakan Status Permohonan Rayuan GKP



Anda boleh buat semakan status permohonan Rayuan GKP bermula 22 Jun 2020 secara dalam talian melalui portal GPK (gkp.hasil.gov.my/). Seterusnya, pembayaran dibuat mulai 29 Jun 2020. 

Leave a Comment