Cara Permohonan Dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40

Seperti sedia maklum, Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.

Semakan Status Telefon Pintar Percuma

Terdapat 2 cara untuk menyemak status telefon pintar percuma melalui platform online.

  • Semakan melalui laman sesawang 
  1.  Pertama kali, layari laman sesawang https://lcs.yes.my/
  2. Setelah itu, anda perlu pilih inisiatif samada SIM Percuma Dengan Data, Telefon Percuma Dengan Data dan SIM Percuma Universiti.
  3. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan Ibu Bapa yang didaftarkan.
  4. Masukkan No Mykid/Mykad penerima yang didaftarkan.
  5. Klik pada butang “Hantar” untuk membuat semakan status permohonan anda

  • Semakan menerusi alamat emel
  1. Anda akan dimaklumkan status permohonan menerusi emel. Ibu bapa turut akan menerima emel yang sama berkaitan proses pendaftaran.
  2. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran serta memuat naik maklumat seperti berikut           – 1 salinan Mykad pelajar, 1 salinan Mykad ibu bapa, Surat bantuan BSH yang dikeluarkan ,oleh kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40.
  3. Pastikan ibu bapa mengisi borang pendaftaran dalam temph 7 hari selepas emel diterima.

Kepada mereka yang masih tertanya-tanya ataupun belum membuat permohonan bantuan diatas, anda boleh rujuk maklumat di bawah.
Syarat kelayakan permohonan telefon pintar percuma
  1. Pelajar yang hendak dicalonkan sebagai penerima haruslah bersekolah disekolah kebangsaan samada peringkat kebangasaan atau menengah.
  2. Pelajar tersebut merupakan golongan B40.

Cara permohonan secara online
  1. Anda perlu meyediakan beberapa dokumen seperti Nombor Mykid/Mykad pelajar, Nombor Mykad Ibu Bapa serta bukti status B40 ibu bapa.
  2. Kemudian layari Portal BPN secara online melalui https://bpn.hasil.gov.my/ dan masukkan nombor Mykad ibu bapa.
  3. Setelah itu, pemohon perlu mendaftarkan nama dengan mengisi seluruh maklumat yang diperlukan secara online melalui https://appform.prod.frogdev.asia/ atau https://ytlfoundation.org/learn
Semoga info diatas bermanfaat kepada anda, terima kasih. 

0 thoughts on “Cara Permohonan Dan Semakan Status Telefon Pintar Percuma B40”

Leave a Comment