Ini Tarikh Rasmi Bayaran BKM Fasa 2 Yang Diumumkan

Ini Tarikh Rasmi Bayaran BKM Fasa 2 Yang Diumumkan


 

Berita kepada rakyat Malaysia mengenai tarikh pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2. Pihak kerajaan telah mengumumkan tarikh bayaran BKM Fasa 2.

TARIKH RASMI BAYARAN

Menurut Menteri Kewangan, bayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada
  • 27 Jun 2022 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang 22 Jun tadi.
Sebanyak RM 1.11 bilion bantuan akan diagihkan kepada kesemua rakyat yang layak.

OBJEKTIF

Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat, kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan pada 27 Jun nanti.

SEMAKAN STATUS BKM FASA 2

Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM

SEBAB PERMOHONAN BKM TIDAK LULUS

Berikut adalah beberapa kod dan contoh mengapa permohonan BKM anda tidak lulus
  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan memerlukan pengesahan
  • 12 – Anda berdaftar sebagai Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Penerima GKP sebelum ini
  • 31 – Status perkahwinan perlukan pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan 

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Berikut adalah jumlah bayaran BKM Fasa 2 mengikut kategori, sila baca dengan teliti agar anda tidak tersalah maklumat 

KATEGORI YANG TIDAK LAYAK BKM FASA 2

Kesemua penerima BKM Fasa 1 layak menerima BKM Fasa 2 kecuali beberapa kategori seperti berikut :
  1. Kategori bujang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah serta berumur 59 tahun dan ke bawah
  2. Ibu bapa tunggal berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah, tiada anak serta berumur 59 tahun dan ke bawah

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh terus rujuk ke portal rasmi BKM dan Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.
Sebarang maklumat terbaru, akan dikemas kini dari masa ke masa.

Leave a Comment