Tiada Bayaran BKM Fasa 2 Untuk Kategori Bujang

 

Tiada Bayaran BKM Fasa 2 Untuk Kategori Bujang

Untuk pengetahuan anda, tiada pembayaran BKM FASA 2 untuk kategori penerima bujang. Untuk mengetahui maklumat penuh, sila rujuk maklumat di bawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM bakal diteruskan lagi untuk fasa 2 pada bulan ini iaitu Jun 2022.
Ia merupakan sebuah bantuan kerajaan yang telah dilancarkan saban tahun (beberapa pertukaran nama) untuk membantu golongan yang memerlukan di negera.
Untuk BKM 2022 ini, pembayaran akan dilaksanakan melalui 4 Peringkat Pembayaran.

TIADA PEMBAYARAN UNTUK BUJANG

Ya memang benar tiada pembayaran untuk kategori bujang untuk BKM Fasa 2. Tetapi ia untuk kategori bujang yang dominan iaitu

  • bujang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah 
Manakala, untuk bujang 
  • berpendapatan RM 2,501 hingga 5,000 dan berumur 60 tahun dan ke atas akan menerima bayaran RM 150 untuk BKM FASA 2.
Selain itu, kategori ibu bapa tunggal (IBT) tiada anak turut tidak akan menerima pembayaran BKM Fasa 2.

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 2

Jumlah bayaran BKM Fasa 2 adalah di antara RM 100 hingga RM 400 bagi setiap kategori kelayakan. 

Sila rujuk jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan berikut 

1 – Isi Rumah & Berumur 59 Tahun Ke Bawah

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak – RM 100
  • 1-2 anak – RM 100
  • 3 anak dan ke atas – RM 300

2 – Isi Rumah & Berumur 60 Tahun Ke Atas

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 anak – RM 300
  • 3 anak dan ke atas – RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 0 anak : RM 100
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

3 – Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak

i) Pendapatan RM 2,500 ke bawah
  • 1-2 anak : RM 300
  • 3 anak dan ke atas : RM 400
ii) Pendapatan RM 2,500 – RM 5,000
  • 1-2 anak : RM 100
  • 3 anak dan ke atas : RM 100

CARA SEMAK STATUS BKM

1. Pergi ke website rasmi BKM untuk buat semakan :
2) Klik LOG MASUK BKM
3) Masukkan No MyKad anda. 
4) Masukkan Kata Laluan anda
5) Klik SEMAKAN STATUS
6) Keputusan BKM tertera
7) Klik MAKLUMAT BAYARAN
8) Maklumat bayaran akan dipaparkan

CARA BAYARAN

Kaedah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu
1. Pengkreditan terus ke akaun bank penerima / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
2. Tebus wang di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Ia terbuka kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau penerima Gagal Kredit.

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ditambah pula dengan kadar inflasi yang semakin melonjak yang menyebabkan harga barangan turut meningkat. Sudah tentu, pembayaran BKM Fasa 2 ini mampu meringankan beban rakyat.

Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh rasmi berkenaan tarikh bayaran BKM Fasa 2.

Tetapi, anda tidak perlu risau kerana sudah dijadualkan bahawa pembayaran BKM Fasa 2 ini pasti dikreditkan pada Jun ini.

Jika mengikut jangkaan pembayaran, kemungkinan besar bantuan dikreditkan pada minggu ketiga atau keempat Jun ini. Ini kerana pembayaran BKM Fasa 1 pada Mac lepas turut dikreditkan pada waktu tersebut.

Leave a Comment