Skip to content

Kategori Yang Layak Bantuan Tambahan RM 600

Kategori Yang Layak Bantuan Tambahan RM 600

Pelbagai bantuan kerajaan disalurkan kepada rakyat termasuklah bantuan tambahan berjumlah RM 600.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR

Sumbangan Tunai Rahmah STR adalah sebuah bantuan kerajaan yang dilancarkan pada tahun ini untuk meneruskan inisiatif kerajaan sebelum ini.

Pembayaran STR akan dilaksanakan sebanyak 4 peringkat bermula bulan Januari lepas.

BANTUAN TAMBAHAN STR RM 600

Pada pengumuman Bajet 2023 lepas, kerajaan bersetuju untuk menambah sebuah bantuan tambahan di dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bayaran Tambahan STR bernilai RM 600 itu akan diberikan kepada setiap isi rumah STR TERMISKIN mengikut data e-Kasih.

JUMLAH STR 2023

Jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) maksimum RM 2,500 bagi kategori yang layak.

Tetapi, sekiranya ia ditambah dengan bantuan tambahan RM 600 tersebut, jumlah penuh bantuan adalah RM 3,100 untuk penerima yang berkelayakan.

Manakala bagi warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas akan terima bantuan RM 600. Seterusnya untuk bujang dan bujang OKU turut akan terima bantuan keseluruhan RM 350.

KATEGORI LAYAK

Hanya layak kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 yang daripada kategori MISKIN TEGAR sahaja.

BANTUAN BERNILAI RM 600 BUKAN BERBENTUK KEWANGAN

Bantuan tambahan STR RM 600 yang bakal disalurkan kepada penerima yang layak tersebut adalah sebuah baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan yang berjumlah RM 600.

Untuk pengetahuan anda, ia bukanlah sebuah bantuan kewangan. Jadi sekiranya anda layak terima kedua-dua jenis bantuan, bantuan kewangan anda bakal terima RM 2,500 dan sumbangan bakul makanan RM 600.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *