Skip to content

KERAJAAN SETUJU BENARKAN PENGELUARAN KWSP

KERAJAAN SETUJU BENARKAN PENGELUARAN KWSP

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran KWSP secara bersyarat. Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk keluarkan simpanan KWSP dengan program terbaru yang dinamakan sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2.

FSA ini membenarkan anda membuat cagaran bernilai RM3,000 hingga RM 50,000 daripada institusi perbankan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Dewan Negara menegaskan bagi skim ini, institusi perbankan juga menyediakan kemudahan pembiayaan patuh Syariah, yang tidak melibatkan sebarang unsur riba.

4 juta pencarum KWSP akan mendapat faedah

Kemudahan itu akan memberi manfaat kepada lebih 4 juta ahli KWSP yang layak berumur 55 tahun. Kadar faedah (Konvensional) atau margin keuntungan (Islamik) yang dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% dan 5% setahun. Kadar faedah ini jauh lebih rendah daripada kadar faedah pasaran semasa iaitu kira-kira 8% hingga 15% dalam pasaran pembiayaan peribadi institusi perbankan.

Pencarum KWSP boleh keluarkan RM3,000 – RM 50,000

Pada masa yang sama, jumlah pembiayaan minimum RM3,000 dan maksimum RM50,000 bergantung kepada baki simpanan Akaun 2 KWSP.

Dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. Oleh kerana jumlah caruman dalam Akaun 2 adalah untuk sokongan sahaja, dana ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Jelasnya lagi, sehingga 31 Januari 2023, terdapat seramai 1.89 juta ahli berumur 40 hingga ke bawah 55 atau 38% dengan simpanan akaun 1 RM10,000 dan ke bawah. Itulah sebabnya penting untuk membina semula simpanan untuk golongan ini supaya mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk hari tua.

Rakyat Mendesak Pengeluaran Segera

Pengeluaran semasa pandemik yang dilakukan sebelum ini sememangnya diperlukan segera, dan semua orang memahaminya. Kini, adalah tidak wajar untuk membenarkan pengeluaran khas daripada tabung simpanan persaraan rakyat. Negara seperti Australia, Peru dan Chile membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada tahun 2020 dan 2021 yang telah dihentikan tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *