PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG KWSP YANG DILULUSKAN

Dalam usaha untuk membantu rakyat yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Di dalam konteks KWSP, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai program KWSP iaitu i-Lestari, i – Sinar dan i-Citra yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Walaupun sehingga hari ini, pengeluaran bersasar KWSP belum dilulusan oleh kerajaan akan tetapi sebenarnya pihak KWSP turut membenarkan untuk pengeluaran SEBAHAGIAN WANG KWSP secara bersyarat.

BERUMUR 50 TAHUN

Pencarum boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

PENDIDIKAN

Pendidikan yang berkualiti merupakan kunci kepada kestabilan kerjaya sekali gus membina kehidupan yang lebih selesa untuk ahli dan keluarga ahli.

Ahli / Pencarum boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara.

PEMBINAAN RUMAH

Membina sebuah rumah merupakan pelaburan yang terbesar bagi ahli. Bagi membantu ahli membina rumah impan mereka, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun2 bagi membiayai pembinaan rumah.

ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN

Membayaran ansuran bukanlah satu perkara yang mudah, terutama untuk mereka yang mempunyai komitmen yang semakin bertambah. Di dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Supaya jika anda terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu, anda boleh membuat pengeluaran ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan selesai.

SIMPANAN MELEBIHI 1 JUTA

KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.

Leave a Comment