Suri rumah ialah ibu-ibu yang menguruskan anak dirumah yang tidak mempunyai pendapatan secara tetap. Manakala pendapatan bulanan hanya didapati daripada suami mereka.
Kerjasama kerajaan bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan i-Suri KWSP untuk membantu para suri rumah mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka.
Apakah itu i-suri kwsp?
Menurut laman rasmi KWSP, i-Suri merupakan produk dari KWSP yang telah diperkenalkan selaras dengan Manifesto Kerajaan iaitu untuk mewujudkan caruman KWSP kepada suri rumah.
I-suri juga bertujuan untuk membantu para wanita yang tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa dan menjamin masa depan mereka. Banyak faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-suri KWSP. Tapi tertakluk pada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP.
Syarat Kelayakan
Ada beberapa syarat telah ditetapkan untuk anda memohon i-Suri ini, tak cukup syarat yang diberi berkemungkinan permohonan anda tidak akan lulus, antara syaratnya adalah.
- Warganegara Malaysia.
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Belum mencapai umur 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR).
Tambahan : Suri rumah hanya dibolehkan pilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.
Siapa Yang Boleh Mencarum :
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Had Bayaran
Had bayaran ni seperti berapa minimum dan maksimum had bayaran jika anda daftar dalam i-suri
- Minimum (RM sahaja): Tiada had
- Maksimum (RM sahaja): RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Manfaat Caruman Sukarela
- Dapat dividen tahunan
- Dapat Bantuan Hilang Upaya
- Dapat Bantuan Kematuan
- Pengeluaran Simpanan
- Insentif Kerajaan
*Manfaat jika anda ahli KWSP – dapat menikmati dividen tahunan, dan layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan insentif kerajaan sebanyak RM480 setahun

Cara Mohon / Daftar
Jika anda merupakan individu yang layak, boleh baut permohonan atau pendaftaran ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP berdekatan
Nak bawa apa masa pergi daftar?
- Mykad
- Borang :
- i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
Saluran Pembayaran Caruman
- Perbankan Elektronik : Pemindahan wang secara elektronik seperti Maybank, PB, RHB Bank, Bank Muamalat, Cimb Bank
- Kaunter Ejen Bank : Tunai/Cek seperti di BSN, Maybank, PB, dan RHB Bank
- Ejen Bank Berdaftar : Ejen Bank (EB) BSN
- Kaunter KWSP : Tunai (Maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Maklumat Lanjut
Berkenaan I- Suri
- Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Suri Boleh Layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan (03-89226000)
Berkenaan Kelayakan Insentif i-Suri
- Untuk maklumat berkenaan kelayakan insentif, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (03-80008000)