Panduan / Syarat Mendapat Bantuan Khairat Kematian Sebanyak RM 1,000

Tahukah anda penerima BSH boleh atau berhak menuntut bantuan khairat kematian sebanyak RM 1,000.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri tuntutan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian sebanyak RM 1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima bantuan bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2018

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN

Waris perlu membawa dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah untuk ke pejabat LHDN terdekat :

  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian antara penerima dan waris
Untuk mengetahui info lanjut sila rujuk pautan yang disediakan di bawah 




Leave a Comment