Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Mulai April 2021

 

Sedia maklum bahawa pembayaran i-Sinar Kategori 1 untuk bulan Mac telah diawalkan dan dibayar pada hujung Februari lalu.

Hal ini disebabkan pemansuhan kriteria i-Sinar pada bulan Mac.

Oleh itu, tiada pembayaran yang akan dilaksanakan pada bulan Mac.

Pembayaran Seterusnya Akan Disambung Pada April 2021


Desas-desus yang mengatakan bahawa pembayaran seterusnya akan bermula pada April, ia menjadi kenyataan.

Kenyataan terkini oleh pihak KWSP yang diberikan melalui i-Akaun menunjukkan bahawa pembayaran akan bermula pada 
  • 1 April 2021
  • Pembayaran adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran April pada 1 April dan seterusnya mengikut batch anda.
  • Anda boleh rujuk tarikh pembayaran melalui i-Akaun anda.
  • Untuk makluman, pembayaran ini hanya melibatkan pemohon yang layak pada Januari 2021 bukan permohonan tanpa syarat yang dilaksanakan pada 8 Mac lalu.

Informasi Yang Anda Perlu Tahu

PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT

Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.

PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akaun salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada pihak KWSP.

0 thoughts on “Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Mulai April 2021”

Leave a Comment