PEMERKASA : Bantuan RM 500 Seorang Mengikut Kelayakan

 

Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan satu pelan terbaru kepada rakyat untuk memastikan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia.

Kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau nama singkatan PEMERKASA. Pelan tersebut bernilai RM 20 billion dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah RM 11 billion.


Pelan kali ini menumpukan sebanyak 20 jenis bantuan untuk sentiasa membantu dan menyokong rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Salah satu bantuan yang menarik perhatian rakyat Malaysia ialah pemberian bantuan RM 500.

Bantuan RM 500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR


Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai RM 500.

Manakala penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM 1,000 akan menerima RM 500 juga setiap seorang.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :

  • Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan emel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
Jumlah Bantuan

Untuk bakal penerima golongan B40 dan penerima bantuan BPR berpendapatan RM 1000 ke bawah adalah berjumlah RM 500.

Kedua-dua jenis golongan diatas akan menerima bantuan RM 500 setiap seorang.

Tarikh Bayaran


Tarikh pembayaran RM 500 tersebut untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR mengikut kelayakan diatas dijangka akan dibayar bermula
  • Jun 2021
Cara Permohonan

Penerima yang bakal layak tidak perlu membuat permohonan. Hal ini kerana pembayaran bantuan akan dilaksanakan setelah pengesahan semakan pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)




0 thoughts on “PEMERKASA : Bantuan RM 500 Seorang Mengikut Kelayakan”

  1. Tiada punca pendapatan bulanan sejak suami meninggal Jan 2021,tanggungan ada 5 org anak,3 org bsekolah,menengah 2 org rendah 1 org..2 org lg umur 5 taun n 6 bulan..survive dgn duit sedekah n sumbangan2 tuk arwah ..

    Reply
  2. Kan dah bgtu atas tu TAK PERLU MOHON, cuma tggu jer. Krajaan akan check status penerima sendiri. Krajaan nnt buat cross reference dgn KWSP, LHDN semua tu bgai.

    Reply
  3. Rajin rajinkan diri membaca dari mula hingga akhir dan fahami betul-betul apa yg dibaca tu…jika tak faham sila baca berulang kali jika tak faham rajin lah bertanya…jika sesudah membaca berulang kali dan bertanya pada kawan-kawan pun masih tak faham juga TAHNIAH anda seorang yang patut ikut anak atau budak-budak ke sekolah semula

    Reply
  4. Best orh yg penjawat awam sma yg da kerja dot duit raya..tpi org yg xda kerja di abaikn..seoatutnya mereka yg da gaji bulan xoayalah..kesian org yg xda kerja ba..

    Reply
  5. Saya seorang buruh kasar bergaji harian,tiada KWSP,tiada slip gaji,tiada PERKESO,tiada rekod kat LHDN dan juga tiada akaun bank..bagaimana nak cross reference dan bagaimana Kerajaan nak menghubungi saya utk memberikan bantuan tersebut?

    Reply
  6. Tarikh awal bulan jun dh nk hbis bulan jun masih xda masuk? Atau dibyr berperingkat..sbb saya tiada berkerja lama..hbis mash blum dpt.mcmna tu

    Reply
  7. Apa ckp hilang pendapatan pon bagi 500 kwsp lhdn tk chek ka main pakai rekod lama ja. Ni dari mula lockdown tk kerja sampai skrg anak kecik kecik lagi…

    Reply

Leave a Comment