PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN PADA APRIL INI – SEMAK SINI

Selain daripada pembayaran bantuan kerajaan yang diberikan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dan lain-lain, anda turut boleh memohon pengeluaran KWSP BERSYARAT mengikut kelayakan anda.

Terdapat pelbagai jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan mengikut syarat kelayakan masing-masing. Tetapi, pengeluaran ini bukanlah PENGELUARAN KHAS KWSP yang dituntut oleh rakyat.

PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN PADA APRIL

Terdapat beberapa pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada April dan juga boleh dimohon pada bulan-bulan lain.

Kesemua pengeluaran yang dibenarkan adalah bersyarat seperti yang ditetapkan oleh pihak KWSP. Anda boleh semak pengeluaran KWSP yang dibenarkan di bawah.

PENGELUARAN UMUR 50 TAHUN

Ahli yang telah mencapai umur 50 tahun dan ke atas boleh membuat pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 KWSP. Ia diberikan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

Diberikan kepada semua ahli yang telah mencapi umur 50 tahun dan masih mempunyai simpanan Akaun 2 KWSP.

PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN

Pengeluaran seluruh simpanan Akaun 1 dan 2 KWSP boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun.

Umur 55 tahun adalah secara rasminya bermaksud umur persaraan dan anda sudah boleh membuat pengeluaran penuh atau secara fleksibel untuk kesemua simpanan anda.

PENGELUARAN UMUR 60 TAHUN

Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun dan ia untuk ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan menyambung kerja selepas 55 tahun.

Pada usia 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul pada Akaun 55 dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh membuat pengeluaran kesemua simpanan anda atau secara sebahagian sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pengetahuan anda, terdapat 17 Pengeluaran Khas KWSP bersyarat yang anda boleh semak untuk kelayakan anda.

Setiap pengeluaran tersebut, terdapat syarat-syarat yang berbeza seperti pengeluaran-pengeluaran di atas.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh semak laman web rasmi KWSP.

Leave a Comment