Jumlah antuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dinaikkan mengikut jenis bantuan.
Antara bantuan yang dinaikkan ialah Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang telah bermula pada awal tahun ini
Bantuan Kanak-Kanak
Jumlah bantuan lama :
- Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
- Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah bantuan baharu (2021)
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.
- Maksimum RM 1,000 untuk 1 keluarga
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Malaysia
- Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
- Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
- Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.
Cara Membuat Permohonan
LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)
- Layari laman web rasmi JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
- Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
- Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
- Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
- Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
- Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
- Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :
Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti :
- Salinan MyKad pemohon.
- Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
- Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
- Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.
X berkerja
utk permohonan bantuan kanak²..saya ibu tunggal kematian suami pada 21/1/21 yg lalu..saya ada anak 4 orang umur 15t,12t,7t dan 1t gaji saya rm2400 sebulan..kalau dulu semasa ada 2 org penjaga memang ya gaji saya banyak tapi sekarang hanya saya seorang mnjga 4 orang anak..saya ada hantar permohonan bantuan untuk ANAK² tetapi pihak jkm bukit mertajam pulau pinang cakap.saya tak layak sebab gaji saya melebihi garis panduan..utk seorang ibu tunggal menyara anak 4 orng yg masih bersekolah adakah anak² saya tidak layak menerima bantuan kanak² itu..mohon pencerahan..tima ksh