Skip to content

Permohonan Pembetulan Amaun Pengeluaran i-Sinar

Berita baik kepada ahli KWSP atau para pemohon i-Sinar yang tersilap meletakkan amaun pengeluaran i-Sinar untuk bulan pertama, berikutnya dan keseluruhannya.

Umum tahu, masih ramai diantaranya kita yang tidak tahu sepnuhnya mengenai panduan permohonan i-Sinar. Selain itu, ramai ahli yang juga terlalu tergesa-gesa memohon i-Sinar tanpa membaca panduan dengan teliti. Oleh kerana itu, ramai yang meletakkan amaun yang tidak seperti diinginkan.


Jika anda antara yang menghidapi masalah seperti di atas, jangan risau anda kini boleh membuat pembetulan semula.

Cara Memohon Pembetulan Amaun i-Sinar 

Terdapat 2 cara untuk anda membuat permohonan pembetulan amaun. Sila baca perincian di bawah.

CARA 1 : Melalui Borang Permohonan Pindaan i-Sinar.

  • Panduan berikut merupakan perkongsian oleh saudara Douglas Gerunsin di Facebook.


Ahli boleh terus ke mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran untuk mendapatkan Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar.

Anda hanya perlu membawa beberapa salinan dokumen seperti :
  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan akaun bank
  3. Nombor akaun ahli KWSP
Anda tidak perlu beratur dan membuat temujanji. Hanya perlu terus ke kaunter dan minta borang amaun i-Sinar.

CARA 2 : Tunggu Kemaskini Sistem i-Sinar 

Menerusi sistem baharu nanti, ahli sudah boleh membuat kemaskini atau pembetulan amaun pengeluaran.

Untuk memudahkan proses kemaskini, anda disarankan untuk memiliki akaun i-Sinar jika belum mendaftar.

 

0 thoughts on “Permohonan Pembetulan Amaun Pengeluaran i-Sinar”

  1. Saya pun pergi Kwsp…pengawal keselamatan suruh tulis no ic dan no telefon… sampai sekarang KWSP tak call saya…suruh tukar amaun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *