Skip to content

RASMI : STR FASA 2 MULA DIBAYAR KEPADA SETIAP PENERIMA

RASMI : STR FASA 2 MULA DIBAYAR KEPADA SETIAP PENERIMA

Berita baik, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mula dibayar secara berperingkat kepada rakyat yang layak.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Pelaksanaan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun merupakan perkara yang baik oleh pihak kerajaan.

Bantuan berjumlah hingga RM 2,500 serta bantuan tambahan RM 600 diharapkan mampu membantu rakyat yang terjejas.

Pembayaran bantuan telah selesai untuk fasa 1 dan kini pembayaran STR Fasa 2 mula dibayar secara berperingkat.

STR FASA 2 MULA DIBAYAR

Pembayaran STR Fasa 2 diumumkan secara rasmi bermula pada 5 April 2023 (Rabu). Walau bagaimanapun, pembayaran mula dikreditkan pada 3 April 2023 kepada penerima yang layak.

Tetapi, bermula 5 April ini iaitu hari ini, pembayaran bantuan mula dikreditkan secara rasmi secara berperingkat kepada setiap penerima yang layak.

Diharapkan penerima yang layak dapat menunggu dengan sabar.

JUMLAH BAYARAN

Untuk jumlah bayaran STR Fasa 2 pula, pembayaran maksimum hanya RM 200 dan bakal diberikan kepada semua golongan isi rumah yang layak.

Manakala, bantuan RM 100 diberikan kepada kategori warga emas serta bujang/tiada pasangan yang layak.

KAEDAH BAYARAN

Sama seperti STR Fasa 1, pembayaran bantuan bakal dilaksanakan melalui 2 cara bayaran.

1. Pembayaran Automatik Ke Akaun Bank

  • Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang anda daftarkan

2. Penebusan Tunai

  • Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, penerima boleh membuat penebusan secara tunai bantuan melalui kaunter BSN berdekatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *