RASMI : TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 2 TELAH DIUMUMKAN

Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan awal April iaitu sebelum sambutan Aidilfitri.

Menurutnya lagi, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerahkan agihan tersebut bagi memastikan golongan yang memerlukan dapat menerima bantuan itu dengan cepat.

“Seperti yang disebutkan, STR Fasa 1 sudah diedarkan dan sampai kepada rakyat yang berjumlah RM 1.6 bilion, itu pada bulan Januari lalu.

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringnakan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya (Aidilfitri).

Sumber : Sinar Harian

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Berikut adalah jumlah bayaran STR Fasa 2 mengikut kategori masing-masing. Sila semak dengan teliti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH

BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500

  • 0 anak – RM 200
  • 1-2 ANAK – RM 200
  • 3-4 ANAK – RM 200
  • 5 KE ATAS – RM 200

BERPENDAPATAN RM 2,501 HINGGA RM 5,000

  • 0 ANAK – RM 200
  • 1-2 ANAK – RM 200
  • 3-4 ANAK – RM 200
  • 5 KE ATAS – RM 200

WARGA EMAS SEBATANG KARA – BERPENDAPATAN RM 5,000 DAN KE BAWAH

  • RM 100

BUJANG DAN BUJANG OKU

  • RM 100

TARIKH BAYARAN

Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri di atas, tarikh pembayaran dijangkakan pada

  • Sebelum hari raya atau pada pertengahan Ramadan

Untuk tarikh spesifik pula belum diumumkan oleh pihak kerajaan setakat ini. Kami akan kemaskini dari masa ke masa sekiranya terdapat tarikh yang diumumkan.

PERMOHONAN DAN KEMASKINI

Kepada tuan dan puan yang belum pernah menerima STR atauapun bantuan-bantuan sebelum ini seperti BKM dan BPR anda boleh membuat permohonan baharu melalui laman web rasmi STR.

Bagi penerima sedia ada, sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, anda turut boleh membuat kemaskini sehingga 31 Mac ini.

Leave a Comment