Sebab Utama Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Tidak Lulus

 

Sebab Utama Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Tidak Lulus

Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sudah boleh dimohon bermula 1 April sehingga 30 April ini. 

Pembayaran pertama pengeluaran ialah pada 20 April ini. Manakala tarikh semakan status permohonan pada 9 April ini. Sekiranya, semakan status permohonan anda tidak lulus ia akan menggagalkan Pengeluaran Khas KWSP anda. Ini adalah sebab utama permohonan Pengeluaran Khas KWSP tidak lulus.

SEBAB UTAMA PERMOHONAN TIDAK LULUS

Untuk pengetahuan anda, ada 1 sebab sahaja mengapa permohonan anda tidak lulus memandangkan tiada syarat dikenakan untuk pengeluaran ini. 

Sebab utamanya adalah, jumlah baki simpanan akaun KWSP anda tidak mencukupi. Ia kerana untuk membuat Pengeluaran Khas ini anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya  RM 100 dalam Akaun 1. 

Sekiranya jumlah baki Akaun anda RM 100 dan ke bawah, anda tidak boleh membuat pengeluaran disebabkan itu mengapa permohonan menjadi tidak lulus.

TARIKH SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk pengetahuan pembaca, semakan status permohonan ini anda boleh buat mulai 9 APRIL 2022. 

Tetapi ia bergantung dengan tarikh permohonan anda.

PENGELUARAN KHAS AKAN DIBAYAR SECARA ONE-OFF

Berita baik kepada para pencarum, pihak KWSP sudah mengeluarkan kenyataan berkenaan sama ada pembayaran akan dilaksanakan secara one-off iaitu sekali bayar atau pembayaran setiap bulan.

Melalui kemas kini terbaru daripada pihak KWSP, Pengeluaran Khas kali ini adalah secara one-off atau sekali bayar sahaja. Ini bermakna sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan menerima jumlah tersebut untuk satu kali bayaran sahaja.

AMAUN PENGELUARAN DAN KAEDAH BAYARAN

Selain daripada pengumuman pembayaran secara one-off, pihak KWSP turut mengeluarkan informasi berkenaan amaun pengeluaran dan kaedah bayaran, info penuh adalah seperti berikut :

1. Amaun pengeluaran minimum adalah RM 50 manakala pengeluaran maksimum adalah RM 10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Sekiranya tidak mencukupi maka Akaun 1 akan digunakan.
2. Meninggalkan bagi sekurang-kurangnya RM 100 dalam Akaun 1.
3. Pembatalan permohonan dan pindaan amaun adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, anda haruslah membuat keputusan yang munasabah sebelum melakukan permohonan.
4. Bayaran Pengeluaran Khas ini akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT PENGELUARAN

Pengeluaran Khas KWSP ini terbuka kepada seluruh ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun tanpa pengecualian.

JUMLAH PENGELUARAN

Mengikut daripada sumber KWSP, amaun pengeluaran minimum adalah berjumlah RM 50 manakala maksimum adalah RM 10,000.

AKAUN YANG DIKELUARKAN

Pengeluaran sehingga RM 10,000 ini akan menggunakan baki Akaun 2 terlebih dahulu tetapi sekiranya tidak mencukupi anda juga boleh menggunakan simpanan Akaun 1. 

Ini bermaksud, anda perlu menghabiskan Akaun 2 terlebih dahulu dan tidak boleh memilih jenis akaun untuk membuat pengeluaran.

Leave a Comment