Sedia maklum pembayaran STR Fasa 1 telah memulakan pembayaran. Golongan bujang dan warga emas tiada pasangan akan terima bayaran RM 100.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 1 (STR)
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1 telah memulakan pembayaran. Sumbangan Tunai Rakyat (STR) adalah sebuah bantuan kerajaan berbentuk kewangan yang disalurkan kepada rakyat.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu rakyat tatkala kos sara hidup dan musim tengkujuh menimpa.
STR FASA 1 FASA 1 MULA DIBAYAR
Pada malam 15 Januari 2023, ramai rakyat yang mengatakan pembayaran sudah mula dikreditkan ke akaun bank mereka.
Kebanyakannya adalah pemegang Bank Simpanan Nasional (BSN). Seperti yang anda sedia maklum, pembayaran STR, BKM atau apa-apa bantuan sebelum ini memang mengutamakan pemegang kad bank BSN sebab itu pembayaran didahulukan kepada mereka.
Oleh hal demikian, bermula 17 Januari pembayaran akan diteruskan kepada semua pemegang bank tetapi secara berperingkat.
PEMBAYARAN STR DIAWALKAN UNTUK BANTU RAKYAT
Menurut Perdana Menteri, bantuan tunai rakyat 2023 tersebut bakal memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan lalu yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tetapi hanya nama sahaja yang berubah.
Selalunya pembayaran bantuan fasa 1 adalah pada bulan Mac setiap tahun, walau bagaimanapun dengan mengambil kira keperluan musim tengkujuh, Kerajaan bersetuju untuk menyegerakan pembayaran bantuan iaitu pada Januari 2023 kelak.

BUJANG DAN WARGA EMAS TERIMA BAYARAN RM 100
Untuk pengetahuan kategori bujang terima bantuan berjumlah RM 100. Begitu juga dengan warga emas YANG TIADA PASANGAN turut bakal terima bantuan STR Fasa 1 berjumlah RM 100.
Manakala untuk kategori isi rumah, kategori ini bakal menikmati manfaat berjumlah RM 300.

CARA PEMBAYARAN
Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing bagi yang memiliki.
Manakala, penerima STR yang tiada akaun bank turut boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mula 17 Januari 2023.