TIADA PENGELUARAN KWSP – KERAJAAN BERI BANTUAN LAIN

Walaupun rakyat masih mengharapkan Pengeluaran KWSP dibenarkan tapi pihak kerajaan nampaknya tidak ke arah untuk meluluskan pengeluaran KWSP.

Tambahan pula, baru-baru ini Menteri Ekonomi menyifatkan Pengeluaran KWSP tidak perlu disebabkan pihak kerjaan akan umumkan bantuan lain.

KERAJAAN CARI ALTERNATIF TERBAIK

Kerajaan akan mencari alternatif terbaik dalam membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mengeluaran simpanan wang KWSP.

BANTUAN UNTUK RAKYAT

Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, pihak kerajaan bakal mengumumkan beberapa perkara khususnya bantuan pada pembentangan Bajet 2023. Ia bertujuan khususnya untuk membantu golongan B40 terutamanya untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka.

Bagi siapa yang belum tahu, pembentangan bajet semula 2023 bakal dibuat pada penghujung Februari ini.

TIADA PENGELUARAN KWSP

Menurut Rafizi, rakyat perlu berwaspada dalam pengeluaran KWSP. Sudah tentu beliau sedar pengeluaran tersebut bakal membantu keluarga atau golongan buat masa kini walaubagaimanapun kos yang perlu dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi.

“Saya fikir kita boleh ambil jalan mudah dengan membenarkannya tetapi dalam keadaan masyarakat kita makin menua dan kos untuk melalui hari tua itu akan bertambah tinggi pada masa akan datang, jadi memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan seberapa ramai (rakyat) yang boleh ada simpanan sedikit.

“Apa yang kita mampu bantu dari segi bantuan, dasar yang lain sekarang ini yang membabitkan kos dan pendapatan, kita perlu tumpu yang itu dahulu kerana menyentuh atau mengambil wang persaraan di hari tua, walaupun ia nampak mudah untuk ahli politik sekarang tetapi dia mencuci tangan untuk masa akan datang kerana yang akan menanggungnya ialah mereka yang kehilangan simpanan hari tua,” jelas beliau.

RESPON TERBARU PERDANA MENTERI

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan perkerja apabila mereka bersara nanti.

Leave a Comment