EMPAT PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN TAHUN INI

Walaupun pengeluaran bersasar masih belum dibenarkan, pelbagai jenis pengeluaran KWSP yang turut dibenarkan pada tahun ini. Terdapat empat pengeluaran KWSP yang dibenarkan dalam tahun ini mengikut kelayakan masing-masing.

EMPAT PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Pihak KWSP turut menyediakan kemudahan pengeluaran simpanan mengikut syarat yang ditetapkan.

Ia hanya dibenarkan sekiranya mengikut kriteria yang dikehendaki sahaja.

Pengeluaran KWSP ini khasnya untuk pengeluaran simpanan melalui Akaun 2 KWSP.

Berikut adalah empat pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini.

PENGELUARAN PEMBELIAN RUMAH

Sekiranya anda sedang bercadang untuk membeli sebuah rumah, pihak KWSP menyediakan sebuah kemudahan untuk para pencarum memiliki rumah sendiri.

Pengeluaran simpanan KWSP sah untuk pembelian rumah pertama melalui

  1. pembelian rumah lelong
  2. rumah subsale
  3. pembinaan rumah
  4. pembelian Rumah Mesra Rakyat (RMM)

PENGELUARAN UNTUK PEMBAYARAN PENDIDIKAN

Pengeluaran wang KWSP turut dibenarkan dalam konteks pendidikan. Contohnya, seperti pembayaran yuran belajar di Universiti atau Kolej masing-masing.

Sekiranya anda ataupun anak-anak anda yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti mahupun Kolej, pembayaran yuran mereka boleh ditampung menggunakan wang simpanan Akaun 2 KWSP ibu-bapa masing-masing.

PEMBAYARAN UNTUK RAWATAN PERUBATAN

Seterusnya, kemudahan pengeluaran turut dibenarkan kepada pencarum yang sakit dan memerlukan wang untuk rawatan perubatan.

Sekiranya pencarum menghidapi di antara 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP berdasarkan terma dan syarat.

Info Lanjut :

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health

PEMBAYARAN IBADAH HAJI

Untuk pencarum yang ingin menunaikan ibadah haji, KWSP turut sediakan kemudahan pengeluaran. Ia bertujuan untuk mengurangkan kos ibadah haji anda.

Pengeluaran simpanan tersebut boleh dimohon melalui perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji sahaja.

Leave a Comment