2 Kategori Ini Tiada Bayaran Bagi BKM Fasa 4

2 Kategori Ini Tiada Bayaran Bagi BKM Fasa 4

Untuk pengetahuan anda, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 telah memulakan pembayarannya pada 15 November 2022. Terdapat 2 kategori yang tiada bayaran bagi BKM Fasa 4.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah sebuah bantuan berjumlah RM 2,500 secara keseluruhan mengikut kelayakan masing-masing. Bantuan ini adalah secara bersasar dan mengutamakan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan tersebut telah dikreditkan sebanyak 3 kali dan pembayaran terakhir bakal dikreditkan pada Disember ini.

TIADA BAYARAN BAGI KATEGORI INI

Penerima BKM yang tidak dibayar pada BKM Fasa 4 kelak adalah
  • Kategori Bujang berumur 59 tahun dan kebawah – Pendapatan RM 0 – RM 2,501
  • Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang tidak mempunyai anak – Pendapatan RM 0 – RM 2,501

BKM FASA 4 RM 600 – RM 900

Penerima yang layak untuk terima bantuan dengan jumlah berkenaan adalah terdiri daripada isi rumah, berikut adalah kategori yang layak

1. Kategori Isi Rumah – 59 tahun dan ke bawah & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 0 anak – RM 300
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

2) Kategori Isi Rumah – 60 tahun dan ke atas & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 0 anak – RM 300
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

3. Kategori Isi Rumah (IBT) yang mempunyai anak – Tiada Had Umur & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Pembayaran BKM Fasa 4 telah bermula pada 15 November 2022. Pembayaran diawalkan sebagai persedian musim Monsun Timur Laut.

Leave a Comment