KWSP
Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan simpanan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dimasukkan kedalam Amanah Saham Berhad (ASB)
i-INVEST KWSP
Skim ini dinamakan sebagai i-Invest. Melalui i-Invest, ahli KWSP boleh membuat pelbagai transaksi pelaburan tanpa menggunakan orang tengah iaitu ejen dan caj perkhidmatan yang rendah.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat pencarum KWP yang boleh menggunakan i-Invest adalah :
- Berumur kurang 55 tahun dan mempunyai simpanan di dalam akaun 1 KWSP
Antara transaksi yang boleh dibuat menggunakan i-Invest adalah :
- Pembelian (Memasukkan duit ke dalam ASB)
- Penukaran tabung
- Jualan balik (Mengeluarkan duit untuk dimasukkan kembali ke dalam KWSP)
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN i-INVEST
Anda boleh mendaftarkan i-Invest melalui portal
- MYASNB
Cara lain adalah dengan langkah berikut :
- Layari portal KWSP dan log masuk ke dalam i-Akaun KWSP
- Pilih IPD Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)
- Pilih dana-dana yang ditawarkan oleh ASNB
HAD PELABURAN
Had pelaburan minimum adalah berjumlah
- RM 1,000
Sekiranya jualan balik dibuat, tiada caj perkhidmatan dikenakan.