PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BANTUAN KELUARGA
Permohonan dan kemas kini BKM telah ditutup pada 31 Januari 2022 lepas. Untuk membuat semakan status permohonan sama ada layak atau tidak boleh rujuk di : www.bkm.hasil.gov.my
JUMLAH BANTUAN
Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah berjumlah
- RM 2,000
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM contohnya :
- Bantuan tambahan berjumlah RM 500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat
- Bantuan tambahan RM 300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas
JUMLAH KESELURUHAN
Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah
- RM 2,500
TARIKH BAYARAN
Bayaran BKM dibuat sebanyak 4 kali setahun. Pembayaran pertama dijangka dibuat pada Mac 2022 ini. Tetapi, belum ada perincian tarikh pembayaran pada bulan Mac setakat ini.
KAEDAH BAYARAN
Berikut ialah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :
1. Mempunyai Akaun Bank Dan Berjaya Kredit
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang telah didaftarkan
2. Mempunyai Akaun Bank Tetapi Gagal Kredit
- Boleh buat tuntutan secara tunai melalui kaunter bank BSN berdekatan
3. Tiada Akaun Bank
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN berdekatan
KRITERIA DAN SYARAT
Berikut ialah kriteria dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk penerimaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
1. Kategori Isi Rumah
- Kahwin atau
- Ibu atau bapa tunggal / balu / duda / janda yang mempunyai anak yang dan
- Berpendapatan di bawah RM 5,000 dan ke bawah sebulan
2. Kategori Warga Emas / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa tunggal / balu / duda yang tidak mempunyai anak
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
- Berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah sebulan
3. Bujang
- Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Had umur di antara 21 sehingga 59 tahun
- Berpendapatan RM 2,500 sebulan
CARA SEMAKAN STATUS
Berikut ialah panduan untuk membuat semakan permohonan :
- Layari laman web rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad / ID pemohon. Seterusnya, masukkan kata laluan seperti sebelum ini.
Paparan seterusnya ialah terdapat ‘Semakan Status’, ‘Kemaskini Permohonan’ , ‘Cetakan’ . Untuk semakan status, anda boleh klik ‘Semakan Status’. Manakala untuk sebarang kemaskini, klik ‘Kemaskini Permohonan’.