PEMBAYARAN SELEWAT-LEWATNYA PADA 31 MAC 2022
Sedia maklum, para penerima BKM sangat menunggu pembayaran Fasa 1 yang dikatakan bakal dilaksanakan pada Mac ini. Namun sehingga sekarang belum ada pembayaran rasmi. Ditambah pula, musim sekolah yang bakal bermula membuatkan para ibu bapa pening memikirkan belanja serta yuran anak-anak.
KENYATAAN PERDANA MENTERI
Daripada informasi yang diterima, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata dalam Perhimpunan Agong UMNO pada 19 Mac 2022, pembayaran BKM akan dibayar
- pada hujung bulan ini.
” Selain itu, Insyaallah, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi memanfaatkan lebih ramai iaitu hampir 9 juta penerima dengan implikasi kewangan berjumlah RM 8.2 bilion pada hujung bulan ini,” jelas beliau.
KENYATAAN MENTERI KEWANGAN
Menurut posting Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz di media sosial, penyaluran BKM selewat-lewatnya mulai
- 31 Mac 2022 ini
Hal ini kerana, terdapat 12 juta permohonan yang perlu ditapis oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Tambah beliau, pihak LHDN berusaha mengesahkan kelayakan secepat mungkin.
Beliau tidak ingin pihak LHDN tergesa-gesa membuat tapisan hingga akhirnya terdapat Keluarga Malaysia yang layak tetapi tercicir. Beliau ingin seluruh Keluarga Malaysia yang mohon layak untuk menerima BKM ini.
Kesimpulannya, kita sudah menerima jaminan daripada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar selewat-lewatnya pada hujung bulan ini iaitu 31 Mac.
TARIKH BAYARAN
Heboh sebelum ini kerana terdapat beberapa info daripada sumber yang tidak rasmi menyatakan pembayaran BKM bermula pada 15 Mac. Namun sehingga kini, masih tiada konfirmasi yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Kini, rakyat sedang menunggu tarikh 21 Mac iaitu Isnin dan berharap BKM telah mula dibayar pada hari tersebut.
Diharapkan pihak kerajaan membuat kenyataan pembayaran lebih awal, beberapa minggu lebih awal sudah memadai agar rakyat tidak tertunggu-tunggu dan tidak percaya berita yang tidak sahih.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah berjumlah
- RM 2,000
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM contohnya :
- Bantuan tambahan berjumlah RM 500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat
- Bantuan tambahan RM 300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas
JUMLAH KESELURUHAN
Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah
- RM 2,500
KAEDAH BAYARAN
Berikut ialah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :
1. Mempunyai Akaun Bank Dan Berjaya Kredit
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang telah didaftarkan
2. Mempunyai Akaun Bank Tetapi Gagal Kredit
- Boleh buat tuntutan secara tunai melalui kaunter bank BSN berdekatan
3. Tiada Akaun Bank
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN berdekatan
CARA SEMAK STATUS
Berikut ialah panduan untuk membuat semakan permohonan :
- Layari laman web rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad / ID pemohon. Seterusnya, masukkan kata laluan seperti sebelum ini.
Paparan seterusnya ialah terdapat ‘Semakan Status’, ‘Kemaskini Permohonan’ , ‘Cetakan’ . Untuk semakan status, anda boleh klik ‘Semakan Status’. Manakala untuk sebarang kemaskini, klik ‘Kemaskini Permohonan’.