Setelah lamanya menunggu tarikh rasmi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1, kini Perdana Menteri sudah mengeluarkan kenyataan beliau berhubung tarikh bayaran BKM Fasa 1 nanti.
TARIKH BAYARAN
Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, berikut adalah tarikh bayaran mengikut kategori jenis penerima.
1. Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang
- Pembayaran bermula 28 Mac sehingga 8 April 2022
2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank
- 30 Mac 2022 ini
Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM 100 sehingga RM 300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
Menurut Perdana Menteri, pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.
TARIKH RAYUAN BKM FASA 1
Sekiranya semakan status BKM Fasa 1 anda gagal, anda boleh membuat rayuan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.
Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada
- 3 Mei untuk tempoh sebulan
JUMLAH BANTUAN
Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah berjumlah
- RM 2,000
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM contohnya :
- Bantuan tambahan berjumlah RM 500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat
- Bantuan tambahan RM 300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas
JUMLAH KESELURUHAN
Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah
- RM 2,500
KAEDAH BAYARAN
Berikut ialah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :
1. Isi Rumah, Warga Emas, Bujang
- Terus dikreditkan ke akaun bank
2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit
- Boleh membuat penebusan tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mula 30 Mac
CARA SEMAK STATUS
Berikut ialah panduan untuk membuat semakan permohonan :
- Layari laman web rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad / ID pemohon. Seterusnya, masukkan kata laluan seperti sebelum ini.
Paparan seterusnya ialah terdapat ‘Semakan Status’, ‘Kemaskini Permohonan’ , ‘Cetakan’ . Untuk semakan status, anda boleh klik ‘Semakan Status’. Manakala untuk sebarang kemaskini, klik ‘Kemaskini Permohonan’.