Kepada yang sudah lama menunggu status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), berita baik kepada anda bahawa Perdana Menteri sudah membuat pemaklumkan berkenaan tarikh semakan status kelayakan.
TARIKH SEMAKAN STATUS BKM FASA 1
Berita baik kepada bakal penerima dan pemohon BKM Fasa 1, tarikh semakan status kelayakan sudah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam satu kenyataan media yang diterbitkan.
Sukacita diumumkan bahawa, anda boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula
- 28 Mac ini
Merupakan tarikh yang sama dimana pembayaran BKM Fasa 1 bakal dilaksanakan.
CARA BUAT SEMAKAN STATUS
Berikut adalah cara untuk anda membuat semakan status permohonan bermula 28 Mac nanti :
- Layari laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan berikut : https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik pada LOG MASUK BKM
- Seterusnya, masukkan Nombor Kad Pengenalan / ID Pemohon anda
- Kemudian, masukkan pula Kata Laluan seperti biasa
- Seterusnya, paparan berikutnya akan menunjukkan SEMAKAN STATUS, sila klik SEMAKAN STATUS UNTUK MEMBUAT SEMAKAN STATUS
- Status kelulusan anda akan dipaparkan sama ada anda lulus atau gagal untuk menerima BKM Fasa 1 ini.
Peringatan mesra untuk anda bahawa semakan status hanya boleh disemak bermula 28 Mac, sekiranya anda membuat semakan sebelum tarikh berkenaan maka belum ada keputusan perhomohon dipaparkan.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah berjumlah
- RM 2,000
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM contohnya :
- Bantuan tambahan berjumlah RM 500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat
- Bantuan tambahan RM 300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas
JUMLAH KESELURUHAN
Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah
- RM 2,500
KAEDAH BAYARAN
Berikut ialah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :
1. Isi Rumah, Warga Emas, Bujang
- Terus dikreditkan ke akaun bank
2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit
- Boleh membuat penebusan tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mula 30 Mac