Bantuan Berjumlah Hingga RM 300 Mula Dibayar Hari Ini

 

Bantuan Berjumlah Hingga RM 300 Mula Dibayar Hari Ini

Terdapat sebuah bantuan berjumlah sehingga RM 300 yang akan mula dibayar pada hari ini. Bantuan tersebut adalah Bantuan Keluarga Malaysia.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan yang dibayar dalam 4 Fasa pada tahun 2022 ini. Jumlah maksimum bantuan adalah RM 2,500 termasuk amaun tambahan RM 500 bagi yang layak.

Pemberian bantuan ini sudah tentu amat menggembirakan hati rakyat dengan harapan mampu meringankan beban mereka.

TARIKH BAYARAN

Melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, berikut adalah tarikh bayaran mengikut kategori jenis penerima.

1. Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang
  • Pembayaran bermula 28 Mac sehingga 8 April 2022
2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank 
  • 30 Mac 2022 ini
Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM 100 sehingga RM 300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

TARIKH RAYUAN BKM FASA 1

Sekiranya semakan status BKM Fasa 1 anda gagal, anda boleh membuat rayuan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.

Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada
  • 3 Mei untuk tempoh sebulan

JUMLAH BANTUAN

Pembayaran untuk Fasa 1 BKM adalah maksimum RM 300 sahaja. Untuk mengetahui info penuh berkaitan jumlah bantuan semak disini : Jumlah Bayaran BKM Fasa 1 Setiap Kategori

KAEDAH BAYARAN

Berikut ialah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :

1. Isi Rumah, Warga Emas, Bujang 
  • Terus dikreditkan ke akaun bank
2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit
  • Boleh membuat penebusan tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mula 30 Mac

CARA SEMAK STATUS 

Berikut ialah panduan untuk membuat semakan permohonan :
Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad / ID pemohon. Seterusnya, masukkan kata laluan seperti sebelum ini.

Paparan seterusnya ialah terdapat ‘Semakan Status’, ‘Kemaskini Permohonan’ , ‘Cetakan’ . Untuk semakan status, anda boleh klik ‘Semakan Status’. Manakala untuk sebarang kemaskini, klik ‘Kemaskini Permohonan’.

Leave a Comment