Bantuan Bina Rumah Dan Baik Pulih Dengan Harga Yang Murah

 

Bantuan Bina Rumah Dan Baik Pulih Dengan Harga Yang Murah
Penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan sebuah inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir yang dikenali sebagai Rumah Kasih Keluarga Malaysia.


BANTUAN BAIK PULIH DAN BINA RUMAH

Program ini adalah sebuah inisiatif membaiki rumah serta rumah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Dengan peruntukan masing-masing berjumlah RM 50 juta kepada KPLB dan KPKT, terdapat 3 fasa untuk melaksanakan inisiatif tersebut :

Fasa 1
  • Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) yang dijalankan di peringkat daerah
  • Penyelaras data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU,JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir
Fasa 2
  • Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri
Fasa 3
  • Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya laporkan semula kepada ICU,JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir

KADAR BANTUAN

Kerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut :
  • RM 15,000 – baik pulih rumah
  • RM 56,000 – bina rumah baharu (Semenanjung)
  • RM 68,000 – bina rumah baharu (Sabah dan Sarawak)

CARA PERMOHONAN RUMAH KASIH

Berikut adalah cara untuk permohonan sama ada untuk Pembaikan atau Pembinaan Rumah :
  1. Permohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui PKOB Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran
  2. Permohonan akan disahkan oleh PKOB
  3. Permohonan diserahkan kepada ICU JPM untuk diselaraskan dengan agensi-agensi pelaksana
  4. Pelantikan Agensi Pelaksanaan
  5. Penyaluran peruntukan akan dibuat
  6. Pembinaan / pembaikan rumah akan dijalankan

JANGKA MASA PEMBAIKAN

Berikut adalah anggaran jangka masa siap pembaikan atau pembinaan rumah :

Pembaikan Rumah
  • Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKON
Pembinaan Rumah 
  • Tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang makluamt lanjut dan pertanyaan mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, anda boleh rujuk
  • FB rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
  • FB rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

0 thoughts on “Bantuan Bina Rumah Dan Baik Pulih Dengan Harga Yang Murah”

  1. Saya rasa kecewa dan tidak boleh diterima pakai oleh pihak tertentu terhadap apa yang telah saya alami dan tidak boleh diterima oleh saya selaku rakyat Malaysia sejati yang berada dalam keadaan pendapatan yang tidak menentu pada masa kini, Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan BPN 2021 saya telah diluluskan oleh kementerian kerajaan Fasa pertama.Apa yang tidak boleh saya senang hati dengan tindakan diberi dengan perkara hanya surat cerai tidak dilampirkan bersama Fasa kedua saya tidak diluluskan oleh pihak yang kurang bijak pemikiran,jika saya tidak lampirkan surat ataupun dokumen warga negara Malaysia memang patut saya terima bagi BPN FASA kedua saya tidak diluluskan oleh pihak yang berkenaan kerana surat cerai tidak dilampirkan tindakan dibuat dengan suka-suka dia jer macam kita ni pendatang tanpa izin".

    Reply

Leave a Comment