Terdapat sebuah bantuan yang bakal diberikan kepada bakal pasangan pengantin yang boleh anda dapati sekiranya layak untuk menerima bantuan perkahwinan tunai RM 1,000.
SKIM GERBANG AZ-ZIWAAJ BANTUAN PERKAHWINAN
Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah bantuan bagi golongan miskin yang kurang berkemampuan layak menerima sumbangan perkahwinan sebanyak RM 1,000 oleh kerajaan Negeri Kelantan. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
JUMLAH BANTUAN
Bantuan yang diberikan adalah berjumlah
- RM 1,000 wang tunai dalam bentuk cek (atas nama calon).
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :
- Pemohon mestilah seorang rakyat Negeri Kelantan (Kod KP : 03/29)
- Pemohon mestilah telah bermastautin di Kelantan melebihi 15 tahun.
- Perkahwinan kali pertama (layak untuk 2 kali tuntutan sahaja)
- Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebihi RM 700 sebulan
- Pemohon mestilah tergolongan dalam kategori miskin dan layak dibantu (mengikut budi biacara kerajaan negeri)
- Bantuan ini boleh dimohon oleh salah satu bakal pengantin sahaja sama ada pihak lelaki atau perempuan.
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan bantuan :
Langkah 1 : Pemohon hendaklah mendapatkan borang di lokasi tersebut
- Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri
- Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darul Naim
- Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Blok 7 ATAU muat turan melalui laman web Urusetia
- Muat turun daripada Facebook rasmi Gerbang Az-Ziwaaj
Langkah 2 : Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
Langkah 3 : Hantar Permohonan