Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA telah mewujudkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Bantuan ini kembali disalurkan pada tahun ini yakni 2022.
BMT adalah untuk membantu pekebun-pekebun kecil yang terjejas pendapatan.
BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil serta penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketik musim hujan melanda.
JUMLAH BANTUAN
Jumlah keseluruhan berjumlah RM 600 bagi setiap pemohon yang layak. Tetapi jika diikutkan kepada pembayaran BMT 2021, pembayaran bantuan akan diagihkan dengan 2 fasa. Namun tiada konfirmasi mengenainya untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 ini.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh membuat permohonan sudah dibuka bermula
- 5 Mei 2022 dan akan ditutup pada
- 15 September 2022 depan
TARIKH RAYUAN
Sekiranya permohonan anda ditolak atau gagal, pemohon boleh membuat kemas kini dan seterusnya membuat rayuan yang akan dibuka pada
- 16 September hingga 31 Oktober 2022
SYARAT KELAYAKAN BMT 2022
Berikut adalah syarat kelayakan yang diperlukan untuk menerima bantuan di atas
1. PEKEBUN KECIL RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) berdafrar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
2. PENOREH TAPI BUKAN PEMILIK
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G)
CARA PERMOHONAN
Kepada pemohon yang berminat untuk membuat permohonan BMT 2022, permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi
KAEDAH BAYARAN
Berikut adalah kaedah bayaran yang ditetapkan oleh RISDA :
Bayaran bantuan RM 600 akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, boleh hubungi di talian
- 03-42512125
- 03-42512135
- 03-42512023