e-Start 2022 : Bantuan Berjumlah RM 150

 

Untuk pengetahuan para pembaca, terdapat sebuah program yang baru sahaja dilaksanakan oleh pihak kerajaan sebagai bantuan kepada rakyat yang layak. Untuk mengetahui informasi menyeluruh mengenai program tersebut, sila baca artikel ini sehingga habis.


PROGRAM eSTART

Program tersebut dinamakan sebagai Program eStart. Jika anda masih ingat, tahun lepas sebelum ia dikenali sebagai Program eStart, ia dikenali sebagai Program e-Wallet. Perkara yang sama sahaja tetapi pengubahan nama program.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk
  1. memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan
  2. bertujuan meringankan beban kewangan selain selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa.

JUMLAH BANTUAN

Melalui program eStart ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa jumlah bantuan adalah berjumlah
  • RM 150 secara one-off kepada rakyat yang layak, rujuk syarat kelayakan di bawah

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerimaan eStart termasuklah :
  • Warganegara Malaysia
  • Belia yang berumur 18 tahun sehingga 20 tahun atau
  • Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi 

TARIKH PELAKSANAAN

Tiada pengumuman terbaru mengenai program eStart ini. Tetapi, jika mengikut dengan program e-Wallet 2021, pelaksanaan program ini adalah pada pertengahan tahun 2022 sama dengan e-Waleet 2021.

Tetapi, selagi belum ada pengumuman rasmi selagi itu kita hanya perlu menunggu. Jangan risau, cara pendaftaran adalah mudah dan ringkas sahaja.


CARA PENDAFTARAN

Untuk membuat pendaftaran atau permohonan program e-Start, anda perlu muat turun salah satu daripada aplikasi di bawah
  1. Shopee (Shopeepay)
  2. Boost
  3. Touch N Go (TNG)
  4. BigPay
Kemudian, anda perlu upgrade salah satu aplikasi ke atas yang memerlukan verifikasi Kad Pengenalan anda.

Panduan permohonan adalah sama seperti Program e-Wallet 2021 lepas.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, anda perlu layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di www.mof.gov.my 

Kemas kini Program eStart akan dipaparkan melalui laman web rasmi tersebut.

Leave a Comment