Pembayaran Pengeluaran Khas Maksimum RM 10,000 telah mula disalurkan pada 18 April yang lepas. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini masih terdapat segelintir pemohon yang belum menerima bayaran.
Berikut adalah kategoti pemohon KWSP yang akan menerima bayaran sebelum hari raya.
PENGELUARAN KHAS KWSP
Pengeluaran Khas KWSP adalah sebuah jenis kemudahan yang diberikan kepada pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran wang simpanan yang sepatutnya dikeluarkan semasa umur 55 tahun.
Jumlah pengeluaran dibenarkan sehingga RM 10,000 yang diharapkan mampu membantu para pencarum setelah pandemik yang melanda.
KATEGORI PEMOHON YANG AKAN MENERIMA BAYARAN SEBELUM RAYA
Permohonan KWSP telah dibuka bermula 1 April sehingga 30 April ini. Manakala pembayaran diawalkan bermula 18 April lepas.
Oleh hal demikian, pihak KWSP mengeluarkan kenyataan bahawa pembayaran untuk permohonan baru bermula 28 April dan ke atas akan menerima bayaran selepas raya iaitu
- 5 Mei 2022
Ini bermasud pemohon yang membuat permohonan sebelum 28 April iaitu 27 April dan ke bawah, kategori ini akan menerima
- bayaran sebelum hari raya
Selain itu, Menteri Kewangan turut mengatakan bahawa pihak KWSP komited untuk menyelesai kesemua permohonan sebelum hari raya Aidilfitri ini.
PERKARA PENTING PENGELUARAN KHAS
Pelbagai perkara penting yang anda perlu tahu untuk Pengeluaran Khas ini termasuklah
1. Pembayaran Pengeluaran Khas Diawalkan
Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Pengeluaran Khas KWSP ini diawalkan beberapa hari bermula
- 18 April berbanding tarikh sebelumnya iaitu 20 April
- Pembayaran diawalkan untuk memudahkan pemohon berbelanja sempena hari raya
2. Pembayaran Pada 18 April
Semakan status permohonan dipaparkan bahawa pembayaran pertama adalah pada 20 April. Walau bagaimanapun disebabkan tarikh bayaran yang diawalkan, dijangkakan bahawa
- semakan status pembayaran yang pada 20 April akan mula dikreditkan pada 18 April ini
- Namun, tiada info sahih yang diterima mengenai hal itu
3. Pembayaran Secara Berperingkat
Menurut Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Zafrul, sekiranya terdapat pemohon yang belum menerima bayaran pada 18 April, pemohon tidak perlu risau dan perlu tunggu untuk beberapa hari lagi.
Hal ini kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat. Sama seperti pembayaran i-Citra dan i-Sinar.
4. Bayaran One-Off
Sekiranya anda terlepas informasi mengenai jumlah bayaran yang akan dikreditkan. Pembayaran akan dilaksanakan sekali bayar atau one-off sahaja.
Ini bermaksud sekiranya anda membuat pengeluaran RM 10,000 maka anda akan terima RM 10,000 sekaligus.
5. Penggantian Jumlah Pengeluaran
Untuk pengetahuan anda, setiap jumlah pengeluaran anda perlu diganti semula melalui kadar caruman bulanan KWSP.
Ahli perlu menggantukan keseluruhan jumlah pengeluaran melalui Pengeluaran Khas ini dengan tambahan sebanyak 20 PERATUS (%).
Berikut adalah contoh pengiraan :
- Sekiranya anda membuat Pengeluaran Khas RM 10,000
- 20 % daripada RM 10,000 adalah RM 2,000
- Oleh itu, jumlah yang perlu anda ganti adalah RM 10,000 + RM 2,000 = RM 12,000
Caruman baharu yang diterima akam dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% daripada amaun pengeluaran seperti yang ditunjukkan di atas.
Setelah penggantian selesai, caruman akan kembali seperti biasa.