Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan mulai dikreditkan hari ini iaitu 27 Jun 2022.
Perkara ini adalah sangat ditunggu-tunggu oleh para penerima setelah pembayaran Fasa 1 dikreditkan pada Mac lalu.
PEMBAYARAN PENERIMA BSN
Sama seperti bantuan-bantuan sebelum ini, setiap bantuan akan didahulukan kepada pemegang Bank Simpanan Nasional atau BSN.
Seterusnya, barulah pembayaran bantuan dikreditkan kepada bank-bank lain.
Begitu juga dengan BKM Fasa 2 2022 ini dimana pembayaran akan diberikan kepada individu pemegang akaun BSN terlebih dahulu.
TARIKH RASMI BAYARAN
Menurut Menteri Kewangan, bayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada
- 27 Jun 2022 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang 22 Jun.
Sebanyak RM 1.11 bilion bantuan akan diagihkan kepada kesemua rakyat yang layak.
JADUAL TARIKH BAYARAN MENGIKUT BANK
Berikut adalah jangkaan jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut bank-bank para penerima BKM :
- Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran bermula 27 Jun secara berperingkat
- Affin Bank – Bermula 28 Jun
- RHB Bank – Bermula 28 Jun
- Bank Islam – Pembayaran berperingkat bermula 28 Jun
- Maybank – Pembayaran bermula 28 Jun
- Bank Rakyat – Pembayaran bermula 28 Jun ini
- Am Bank – Dijangkakan pada 28 Jun
- Bank Muamalat – 28 Jun
OBJEKTIF BANTUAN
Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat, kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan pada 27 Jun nanti.
SEMAKAN STATUS BKM FASA 2
Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM