Secara rasminya, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan mula diagihkan bermula 27 Jun 2022 iaitu hari ini.
Walau bagaimanapun, sehingga pukul 5 petang tadi kebanyakan para penerima belum menerima bayaran bantuan BKM Fasa 2. Ramai yang meluahkan rasa kecewa atas kelambatan ini.
BAYARAN TELAH BERMULA
Tetapi, bermula 6 petang tadi terdapat beberapa individu telah menerima bayaran BKM Fasa 2. Khususnya, pembayaran diberikan kepada pemegang akaun bank BSN.
Dijangkakan proses pengkreditan akan menjadi semakin cepat setelah pukul 6 petang ini. Di mana pihak kerajaan akan memberi keutamaan kepada pemegang bank BSN terlebih dahulu.
PEMBAYARAN DAH MASUK
Di bawah adalah bukti di mana pembayaran BKM Fasa 2 telah masuk
Kepada penerima yang belum menerima bayaran, anda hanya perlu bersabar kerana pembayaran BKM ini adalah secara berperingkat. Pihak kerajaan sudah tentu bertungkus lumus untuk menyegerakan proses pembayaran ini untuk anda.
JADUAL TARIKH BAYARAN MENGIKUT BANK
Berikut adalah jangkaan jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut bank-bank para penerima BKM :
- Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran bermula 27 Jun secara berperingkat
- Affin Bank – Bermula 28 Jun
- RHB Bank – Bermula 28 Jun
- Bank Islam – Pembayaran berperingkat bermula 28 Jun
- Maybank – Pembayaran bermula 28 Jun
- Bank Rakyat – Pembayaran bermula 28 Jun ini
- Am Bank – Dijangkakan pada 28 Jun
- Bank Muamalat – 28 Jun
OBJEKTIF BANTUAN
Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat, kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan pada 27 Jun nanti.
SEMAKAN STATUS BKM FASA 2
Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM