Bantuan belia dinaikkan kepada RM 200 seorang

 

Pada tahun 2023, bantuan e-Pemula akan dinaikkan jumlahnya kepada RM 200 berbanding RM 150 pada tahun ini.  Perkara ini telah memberikan kegembiraan kepada golongan belia serta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).  BANTUAN E-PEMULA DINAIKKAN  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2023, program e-Pemula ini diteruskan bagi tahun 2023 dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM 400 juta dan kenaikan jumlah asal kredit daripad RM 150 kepada RM 200 setiap seorang.  Selain daripada itu, golongan M40 turut akan menerima bantuan kredit e-Pemula tetapi dengan jumlah yang berbeza. Pemberian kepada Kumpulan M40 ini merupakan satu inisiatif terbaru yang dilaksanakan oleh kerajaan. KADAR BANTUAN  Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, pemberian bantuan e-Pemula diberikan kepada 2 kumpulan dengan jumlah yang berbeza iaitu e-Pemula Belia : RM 200 e-Pemula Kumpulan M40 : RM 100 SYARAT KELAYAKAN Mengenai syarat kelayakan pula, berikut adalah syarat kelayakan mengikut kumpulan yang diagihkan : E-PEMULA BELIA Dianggarkan sebanyak 2 juta belia bakal menerima manfaat tersebut, berikut adalah syarat yang diperlukan Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak kira umur E-PEMULA M40 Bagi e-Pemula kumpulan M40 pula, dianggarkan 8 juta individu bakal menerima inisiatif tersebut Layak kepada individu yang berpendapatan tahun di bawah RM 100,000 TARIKH BAYARAN Setakat ini, tiada tarikh penebusan ditetapkan oleh pihak kerajaan. Maklumat lanjut mengenai bantuan e-Pemula ini akan kami kemas kini dari masa ke masa.

Pada tahun 2023, bantuan e-Pemula akan dinaikkan jumlahnya kepada RM 200 berbanding RM 150 pada tahun ini.

Perkara ini telah memberikan kegembiraan kepada golongan belia serta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

BANTUAN E-PEMULA DINAIKKAN 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2023, program e-Pemula ini diteruskan bagi tahun 2023 dengan peningkatan peruntukan sebanyak RM 400 juta dan kenaikan jumlah asal kredit daripad RM 150 kepada RM 200 setiap seorang.
Selain daripada itu, golongan M40 turut akan menerima bantuan kredit e-Pemula tetapi dengan jumlah yang berbeza. Pemberian kepada Kumpulan M40 ini merupakan satu inisiatif terbaru yang dilaksanakan oleh kerajaan.

KADAR BANTUAN 

Bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai atau cashless, pemberian bantuan e-Pemula diberikan kepada 2 kumpulan dengan jumlah yang berbeza iaitu
  • e-Pemula Belia : RM 200
  • e-Pemula Kumpulan M40 : RM 100

SYARAT KELAYAKAN

Mengenai syarat kelayakan pula, berikut adalah syarat kelayakan mengikut kumpulan yang diagihkan :

E-PEMULA BELIA

Dianggarkan sebanyak 2 juta belia bakal menerima manfaat tersebut, berikut adalah syarat yang diperlukan
  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau
  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak kira umur

E-PEMULA M40

Bagi e-Pemula kumpulan M40 pula, dianggarkan 8 juta individu bakal menerima inisiatif tersebut
  • Layak kepada individu yang berpendapatan tahun di bawah RM 100,000

TARIKH BAYARAN

Setakat ini, tiada tarikh penebusan ditetapkan oleh pihak kerajaan. Maklumat lanjut mengenai bantuan e-Pemula ini akan kami kemas kini dari masa ke masa.

Leave a Comment