BKM Akhir 2022 : Bayaran Bagi Setiap Kategori Penerima

 

BKM Akhir 2022 : Bayaran Bagi Setiap Kategori Penerima

BKM Akhir 2022 : Bayaran Bagi Setiap Kategori Penerima. Pembayaran terakhir bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dilaksanakan pada Disember ini. Menurut data yang diterima, bantuan 1 keluarga tersebut akan dibayar RM 600 hingga RM 900 mengikut kelayakan isi rumah masing-masing.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah sebuah bantuan berjumlah RM 2,500 secara keseluruhan mengikut kelayakan masing-masing. Bantuan ini adalah secara bersasar dan mengutamakan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan tersebut telah dikreditkan sebanyak 3 kali dan pembayaran terakhir bakal dikreditkan pada Disember ini.

JUMLAH BANTUAN

Penerima yang layak untuk terima bantuan dengan jumlah berkenaan adalah terdiri daripada isi rumah, berikut adalah kategori yang layak

1. Kategori Isi Rumah – 59 tahun dan ke bawah & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 0 anak – RM 300
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

2) Kategori Isi Rumah – 60 tahun dan ke atas & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 0 anak – RM 300
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

3. Kategori Isi Rumah (IBT) yang mempunyai anak – Tiada Had Umur & pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Setakat ini tiada khabar bila pembayaran bakal dikreditkan. Tetapi seperti yang ditetapkan, pembayaran bakal dikreditkan selewatnya sebelum 1 Januari 2023 kelak.
Sebarang kemaskini tarikh bayaran akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Leave a Comment