Berita Baik, Pembayaran BKM Fasa 4 Dipercepatkan Dan Dibayar Pada November Ini

 

Berita Baik, Pembayaran BKM Fasa 4 Dipercepatkan Dan Dibayar Pada November Ini

Berita baik kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang akan dipercepatkan pembayarannya selama sebulan. Sedia maklum, bahawa pembayaran BKM Fasa 4 sepatutnya bakal dikreditkan pada bulan Disember ini. 

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran BKM Fasa 4 diawalkan pada 15 November ini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM atau Bantuan Keluarga Malaysia adalah sebuah bantuan berjumlah RM 2,500 secara keseluruhan mengikut kelayakan masing-masing. Bantuan ini adalah secara bersasar dan mengutamakan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan tersebut telah dikreditkan sebanyak 3 kali dan pembayaran terakhir bakal dikreditkan pada Disember ini.

JUMLAH BANTUAN

Penerima yang layak untuk terima bantuan dengan jumlah berkenaan adalah terdiri daripada isi rumah, berikut adalah kategori yang layak

1. Kategori Isi Rumah – 59 tahun dan ke bawah 

Pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
  • 0 anak – RM 300
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900
Pendapatan bulanan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0 anak – RM 100
  • 1-2 anak – RM 200
  • 3 dan ke atas – RM 300

2) Kategori Isi Rumah – 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas RM 300

Pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
  • 0 anak – RM 300
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900
Pendapatan bulanan RM 2,501 – RM 5,000
  • 0 anak – RM 100
  • 1-2 anak – RM 200
  • 3 dan ke atas – RM 300

3. Kategori Isi Rumah (IBT) yang mempunyai anak – Tiada Had Umur & 

Pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah
  • 1-2 anak – RM 600
  • 3 dan ke atas – RM 900
Pendapatan bulanan RM 2,501 – RM 5,000
  • 1-2 anak – RM 200
  • 3 dan ke atas – RM 300

4. Kategori Bujang & IBT tiada tanggungan – 59 tahun ke bawah

  • Tiada bayaran

5. Kategori Bujang & IBT tiada tanggungan – 60 tahun ke atas

  • RM 150

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran BKM Fasa 4 diawalkan pada 15 November ini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

Leave a Comment