28 Kilang Top Glove Akan Ditutup Kerana Hari Ini Sahaja Seramai 1,067 Pekerja Positif


Putrajaya, 23 Nov – 28 kilang milik sarung tangan Top Glove di sekitar Klang, Selangor akan ditutup secara berperingkat, umum Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, ia berikutan berlakukan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang tersebut.

“Ia bagi membolehkan para pekerja menjalani ujian saringan COVID-19 dan menjalani proses kuarantin.”

“Pelaksanaan penutupan secara berperingkat tersebut akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan kerjasama pengurusan syarikat Top Glove itu sendiri” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 5,974 saringan ke atas pekerja kilang berkenaan telah dijalankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat hari ini.

Daripada angkat tersebut, seramai 1,889 kes positif termasuk 1,067 kes yang dikenal pasti hari ini.

Leave a Comment