4 Kategori Antara Yang Dibenarkan Untuk Pengeluaran Duit KWSP

4 Kategori Antara Yang Dibenarkan Untuk Pengeluaran Duit KWSP


4 Kategori Antara Yang Dibenarkan Untuk Pengeluaran Duit KWSP.

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Mungkin ada diantara kita masih mengharapkan Pengeluaran Khas KWSP dibuat sekali lagi, disebabkan kenaikan harga barang yang berlaku.

Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang menolaknya. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada individu masing-masing.

PENGELUARAN WANG KWSP DIBENARKAN UNTUK KEGUNAAN PERIBADI 

Walaubagaimanapun, para pencarum masih berpeluang untuk membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi yang memang dibenarkan sejak dulu lagi.

Berikut adalah jenis pengeluaran yang dibenarkan yang menggunakan wang simpanan akaun 2 KWSP.


1) Pengeluaran Untuk Pendidikan
Terbuka untuk yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi yang perlu membayar yuran untuk menikmati kemudahan universiti atau kolej.

KWSP akan memberikan pilih dan kemudahan pengeluaran untuk menampung pembayaran yuran anak anda.
2) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Selain itu, pihak KWSP turut memberikan kemudahan kepada ahlinya untuk memiliki rumah pertama sendiri sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, rumah lelong, rumah subsale atau beli melalui rumah mesra rakyat yang disediakan oleh pihak kerajaan.

3) Pembayaran Rawatan Perubatan

Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan melibatkan 36 penyakit kritikal, anda boleh membuat pengeluaran menggunakan akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan alat kesihatan.
4) Pembayaran Ibadah Haji

Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Leave a Comment