Skip to content

Apa itu Geran Khas Prihatin? Bantuan yang telah dibuka untuk rakyat membuat permohonan

Pada pengumuman Perdana Menteri
 tempoh hari berkenaan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Geran Khas Prihatin antara insentif yang telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Insentif tersebut akan dibuka untuk rakyat membuat permohonan bermula 1 Mei 2020 sehingga 15 Mei 2020

Ramai yang masih tertanya-tanya apakah itu Geran Khas Prihatin dan sesiapa sahaja yang layak untuk membuat permohonan. Diharap jawapan di bawah mampu menyelesaikan semua pertanyaan anda.

Geran Khas Prihatin (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off bernilai
RM 3, 000 kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19.

Manakala, rakyat yang layak untuk membuat permohonan ialah

  1. Pemohon haruslah Warganegara Malaysia
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta jumlah jualan atau perolehan dibawah RM 3,000 dan jumlah pekerja tidak melebihi 5 orang.
  3. Pemohon telah mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019
  4. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Anda boleh membuat permohonan di https://gkp.hasil.gov.my/. Seperti sedia maklumat, permohonan tersebut dibuka pada 1 Mei sehingga 15 Mei 2020 dan pemohon boleh menyemak keputusan pada minggu pertama bulan Jun. Manakala, pembayaran dijangka bermula pada Jun 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *