Bajet 2023 : Bantuan One-Off RM 500 Kepada Guru Kafa, Bilal, Imam Dan Lain-Lain

 

Bajet 2023 : Bantuan One-Off RM 500 Kepada Guru Kafa, Bilal, Imam Dan Lain-Lain

Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas sekali beri sebanyak RM 500 kepada setiap guru kelas al-Quran dan Fardu Ain iaitu KAFA, guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, bantuan itu akan memanfaatkan 72,000 orang dengan peruntukan RM 36 juta.

Beliau berkata “Setiap tahun kerajaan menyediakan hampir 700 juta sebagai bayaran elaun bulanan kepada imam, guru KAFA dan guru takmir.

“Mereka berperanan besar dalam mendidik anak-anak kita dan mengimarah Islam di peringkat komuniti,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 pada petang tadi.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment