Bantuan Kanak-Kanak JKM Bakal Naik Ke RM 1,000? Mohon Sekarang

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memang telah meneruskan 11 jenis bantuan untuk membantu rakyat termasuklah Bantuan Kanak-Kanak.


Tambahan pula, baru-baru Perdana Menteri kita telah mengumumkan akan membawa usul ke mesyuarat kabinet menteri untuk meningkatkan jumlah bantuan yang terima ke RM 1,000

Kemungkinan besar, Bantuan Kanak Kanak juga antara jenis bantuan yang akan menerima faedah itu.

Bantuan Kanak-Kanak

Kadar Bantuan

  • Minimum rakyat akan mendapat sebanyak RM 100 bagi seorang anak
  • Manakala maksimum sebanyak RM 450 seisi rumah jika melebihi 4 orang anak.
Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada anak berpendapatan tidal melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun 
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU mana-mana kes yang bekeperluan dan layak dipertimbangkan.

Cara Membuat Permohonan

1) Manual
Anda perlu muat turun borang permohonan di bawah dan perlu membawa ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan anda.
Anda perlu datang bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :
  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad / MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  • Salah satu bil utiliti (air/ elektrik/ astro)
2) Atas Talian / Online
Permohonan dapat dibuat melalui portal rasmi JKM di sini :

Anda hanya perlu mendaftarkan permohonan anda dan memasukkan nombor kad pengenalan anda serta mengisi keseluruhan butiran yang diperlukan.

0 thoughts on “Bantuan Kanak-Kanak JKM Bakal Naik Ke RM 1,000? Mohon Sekarang”

  1. Sekiranya belum pernah menerima ter Ima bantuan kanak-kanak adakah perlu mohon..akan tetapi bila isi permohonan di perkatakan limit tidak di memadai….

    Reply
  2. Ank saya umur sadah 6thn….selama 6thn xada bantuan apa2 pun…ank saya xblh jalan dan xblh cakap…ank saya dia xblh tlng dia sndiri semua…kena dukong 24jam…saya mtk tlng bantuan lah ank saya

    Reply

Leave a Comment