Bantuan Kanak-Kanak RM 150-200 Seorang

 


Bermula pada tahun hadapan, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan.

Bantuan Kanak-Kanak

Jumlah bantuan lama : 

  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah bantuan baharu (2021)
  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.
Cara Membuat Permohonan


LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)
  • Layari laman web rasmi JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
  • Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
  • Anda juga perlu hadir  bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :
Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti : 
  1. Salinan MyKad pemohon.
  2. Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
  3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
  4. Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.

0 thoughts on “Bantuan Kanak-Kanak RM 150-200 Seorang”

  1. a.mkm.mff bertanya..kenapa isi borang kaji semula..bulan feb..tidak bolehbkemaskini..kena isi bulan disember juga.kesian lah..baru tahu..nk tggu hujung tahun lambat pula la.

    Reply

Leave a Comment