Bantuan Kewangan BKPKK RM 1,800 Untuk 6 Bulan

Bantuan Kewangan BKPKK RM 1,800 Untuk 6 Bulan

 Bagi membantu rakyat yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada yang berkelayakan termasuklah Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

JUMLAH BANTUAN

Untuk makluman, BKPKK adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada Kolej Komuniti selama 2 semester sahaja. Bagi satu semester (6 bulan), pelajar yang layak akan menerima bantuan kewangan berjumlah
  • RM 1,800
Manakala, untuk 2 semester, pelajar yang layak akan menerima bantuan sehingga
  • RM 3,600

SYARAT KELAYAKAN

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester pada peringkat sijil
  • Daripada isi rumah berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah sahaja tertakluk dengan jumlah tanggungan
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian
  • Mengisi borang penyata pendapatan bulanan keluarga
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing. Manakala, pelajar yang layak menerima BKPKK selama 2 semester haruslah mendapat CGPA sekurang-kurangnya 2.0 untuk melayakkan diri menerima bantuan kewangan pada semester kedua.
Sekiranya pelajar tidak mendapat CGPA 2.0 pada semester pertama, bantuan kewangan tersebut akan diberhentikan dan tidak dibayar untuk semester kedua.

Leave a Comment