Skip to content

BANTUAN KEWANGAN RM 10,000 UNTUK BELI MOTOSIKAL

BANTUAN KEWANGAN RM 10,000 UNTUK BELI MOTOSIKAL

Pada tahun ini, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Termasuklah bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan mahupun negeri kepada rakyat yang berkelayakan.

Antaranya termasuklah mellaui bantuan Skim Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 kepada mereka yang layak dan memerlukan.

BANTUAN KEWANGAN RM 10,000

Skim Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini adalah merupakan pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.

Pembiayaan ini juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini pada April 2020 lepas.

JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan yang ditetapkan adalah bermula RM 1,000 hingga RM 10,000 bagi tujuan untuk

  1. Pembelian motosikal
  2. Baik pulih motosikal
  3. Modal pusingan

SYARAT KELAYAKAN

  • Wargenegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur di antara 18 hinggga 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat hingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Memiliki lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

TEMPOH BAYARAN BALIK

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah selama setahun hingga 3 taahun mengikut pilihan dan kelayakan pemohon.

Kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah sebanyak 4 peratus setahun.

CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan di atas, permohonan skim pembiayaan ini boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan anda. Di situ anda boleh dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut mengenai skim bantuan kewangan tersebut.

Nota : TEKUN tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menguruskan pembiayaan ini dan sebarang urusan mengenainya haruslah melalui pejabat TEKUN sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *