BANTUAN KEWANGAN RM 2,500 – MOHON SEBELUM TARIKH TUTUP 31 MAC

Pelbagai jenis bantuan kewangan disalurkan daripada pihak kerajaan persekutuan mahupun negeri.

Bantuan kewangan yang disalurkan bagi kerajaan persekutuan salah satunya adalah bantuan kewangan berjumlah RM 2,500 yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

BANTUAN KEWANGAN RM 2,500

Bantuan kewangan ini atau Sumbangan Tunai Rahmah ini adalah sebuah bantuan kewangan yang akan dikreditkan kepada penerima dalam empat peringkat mengikut kelayakan masing-masing.

Ini adalah salah satu tugas kerajaan untuk sentiasa ambil peduli mengenai kebajikan rakyat.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan dibuka bermula 1 Mac hingga 31 Mac 2023 depan.

Ia dibuka kepada setiap rakyat yang tidak pernah menerima bantuan kewangan kerajaan sebelum ini seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Bantuan Keluarga Malaysia dan lain-lain.

Bagi penerima sedia ada, anda tidak perlu membuat permohonan baharu. Tetapi sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, anda boleh membuat kemaskini sebelum 31 Mac ini.

JUMLAH BANTUAN KEWANGAN

Untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini bukan semua kategori layak terima bantuan kewangan RM 2,500 berkenaan.

Ini adalah jumlah penuh bantuan bagi tahun 2023 mengikut kelayakan masing-masing

KATEGORI ISI RUMAH

BERPENDAPATAN RM 0 – RM 2,500

  • 0 Anak – RM 1,000
  • 1-2 Anak – RM 1,500
  • 3-4 Anak – RM 2,000
  • 5 ke atas – RM 2,500

BERPENDAPATAN RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Anak – RM 500
  • 1-2 Anak – RM 650
  • 3-4 Anak – RM 1,000
  • 5 ke atas – RM 1,250

WARGA EMAS SEBATANG KARA – 60 TAHUN KE ATAS

  • RM 600

BUJANG 21-59 TAHUN (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 350

BUJANG OKU 19-59 TAHUN (RM 0 – RM 2,500)

  • RM 350

Leave a Comment