PENGELUARAN KWSP BERSYARAT YANG DIBENARKAN PADA BULAN MAC

Pengeluaran KWSP secara bersasar nampaknya tidak diluluskan oleh pihak kerajaan sehingga hari ini. Ia turut tidak dibentangkan pada Belanjawan 2023 lalu.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengeluaran KWSP secara bersyarat yang dibenarkan dan boleh dikeluarkan pada bulan Mac ini. Sila rujuk maklumat penuh di bawah.

1. MENCAPAI UMUR 55 TAHUN

Pencarum yang mencapai umur 55 tahun dan ke atas dibenarkan membuat pengeluaran PENUH simpanan Akaun 1 dan 2 KWSP. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun nanti.

2. KEHILANGAN UPAYA

Pencarum KWSP yang mengalami kehilangan upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah mereka disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM 5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

3. PEKERJA BERPENCEN

Bagi Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh kerajaan Malaysia ataupun kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanunun atau tempatan.

3. MENINGGALKAN NEGARA

Pencarum yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

5. KEMATIAN

Apabila pencarum meninggal dunia, pengeluaran penuh KWSP mereka boleh dibuat kepada waris terdekat. Oleh itu, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara online di Sistem I-AKAUN 1 KWSP atau SECARA MANUAL di cawangan-cawangan KWSP berdekatan.

Maklumat lengkap dan terkini mengenai Pengeluaran Bersasar KWSP ini boleh disemak melalui portal rasmi KWSP.

Leave a Comment