Bantuan Kewangan RM 700 & RM 350 CONFIRM Dibayar Pada Januari 2023

 

Bantuan Kewangan RM 700 & RM 350 CONFIRM Dibayar Pada Januari 2023

Desas-desus mengenai pembayaran bantuan kewangan berjumlah RM 700 dan RM 350 akhirnya terjawab. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas kepada penjawat awam yang berkelayakan.

APAKAH ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN ?

Bantuan Khas Kewangan adalah sebuah bantuan yang disalurkan daripada kerajaan kepada penjawat awam yang berkelayakan. 
Bantuan ini diberikan sebagai tanda untuk menghargai jasa pengorbanan para penjawat awam.
Perdana Menteri berkata, kerajaan turut bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM 700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM 350.
Menurut beliau, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Kerajaan memang silih berganti tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini.

JUMLAH BANTUAN

Terdapat 2 jenis bantuan dengan perbezaan jumlah dan kelayakan, sila rujuk di bawah 

BANTUAN RM 700

  • Diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah

BANTUAN RM 350

  • Diberikan kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen
  • Penerima pencen terbitan
  • Pesara perkhidmatan awam skim KWSP iaitu bersara apa mencapai opsyen umur perasaan
  • Veteren berpencen dan tidak berpencen

TARIKH BAYARAN

Pembayaran akan bermula pada bulan Januari 2023 nanti. Buat setakat ini, tiada tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Dijangkakan bantuan ini akan dibayar bersama gaji pada bulan Januari iaitu pada penghujung bulan Januari.

Leave a Comment